Thursday, April 17, 2014

UJIAN PSIKOMETRIK MARA 2014

okay, semalam (Rabu) tarikh 16/4/14 aku ada duduki Ujian Psikometrik MARA secara online. course yang ditawarkan pd aku ialah Architecture, tapi aku rasa course ni takde kena mengena pun dgn Ujian Psikometrik ni. ujian ni just nk test kita punya iq level, pengetahuan dgn personaliti je. tp jgn risau semua soalan aneka pilihan. tiada subjektif mahupun essay ^^

so, ujian yg aku jwb tu ada 4 bahagian.

IQ LEVEL
PERSONALITI
KENEGARAAN
NILAI MURNI

1. IQ LEVEL
hmm yang ni soalan dia mmg merepek dia bg. semua soalan trick tp ada jugak yg ala2 pengetahuan am. tapi aku banyak bantai la jugak jawapan dia. peh dh la first section. time jwb tu rasa mcm excited semacam tp at the same time mcm lawak gila sbb soalan dia pelik. hati2 la section ni, kalau korg rasa takleh pikir lagi, pi jwb section lain dulu.

2. PERSONALITI
ha yang ni dia suruh labelkan je. dia bg huruf A sampai E. tapi hati2 jugak tau sbb 
A - very inaccurate
E - very accurate
dia macam terbalik la gred dia, sbb selalu kita pakai A paling bagus kan? ini dia terbalik.

3. KENEGARAAN
pehhh yang ni, DIA TANYA SEJARAH BEB! rasa nak bukak balik buku teks Sejarah T_T ada ke patut dia tanya siapa pengarah MARA terkini, MRSM pertama, itu la ini la, sejarah negara, perundangan negara kita macamana yada yada. sbbkan aku ni taksebaik mana, aku pun search la guna phone. hikhik apa function ada fon touchscreen tp xguna sebaik mungkin kan kan kan??? hahhaha 

4. NILAI MURNI
yang ni alhamdulillah senang je. dia ala2 soalan Sivik dkt sekolah. yg ni korg takyah risau sgt la ek ^^

So, aku post pasal ujian ni sbb nak kongsi sedikit sebanyak pengalaman menjawab psikometrik MARA ni, khas utk adik2 yg tahun2 depan nak jwb pulak ^^ sbb aku pun search kat google pasal perkara berkenaan scholar ni. so to all, gambatte ne!

Ja ne ^^v

psychometric test MARA ♥

2 comments:

  1. tnx akak for the post.. very informative!! XD

    ReplyDelete
  2. tnx akak for the post.. very informative!! XD

    ReplyDelete